Thursday, December 17, 2015

Anakku - Takdir kamu memiliki ibu yang garang

Posted by kotak kosong at 3:35 PM
Assalamualaikum sayang,

Ummi melihat kamu sedang membesar, saban hari, saban waktu. Terkadang ummi berkasar dengan kamu, terkadang, seda gurau yang sering menemani kita berdua. Baru baru ini, ummi melihat cetusan ketidakpuasan hati seorang anak. Terlalu banyak yang ummi lihat di lama sosial ketika ini. Lantas ummi terfikir, bagaimana pula dengan kamu disaat usia remaja kamu nanti? Marahkah kamu dengan kekasaran ummi? Tidak puas hati kah kamu dengan layanan ummi? Jauh di sudut hati, ummi sangat risau bila memikirkan hal yang sedemikian. Ruginya kamu bila mendapat seorang ibu yang masih gagal dalam mengawal amarahnya. Maafkan ummi, sayang.

Andai kata, kamu sudah mula mengenal dunia, jangan kamu lupa akan wanita ini. Wanita yang kadang kala garang seperti singa ini sentiasa merindui kamu. Selalu akan menyayangi kamu, hingga akhir hayat. Andai kata, nanti suau hari, wanita ini tidak mampu memenuhi kehendak kamu. Lihat sekeliling ulu, cukupkah makanmu? Cukupkah pakaimu? Bersekolahkah kamu? Pernahkah kamu kelaparan? Pernahkah kami membiarkan kamu tersadai tanpa apa apa? Kerana, kadag kala, kehendak kamu mungkin luar biasa, mungkin kami lihat akan memusnahkan kamu, mungkin bagi kami, kamu terlalu awal untuk itu. Jadi, bersabarlah sayang. Jangan mengherdik, jangan membentak. Kelak, kamu juga yang merasa penyesalannya. Ummi sentiasa sayang, dan sayang itu terlalu luas untuk ditunjukkan dengan pelbagai cara.

Ummi marah sebab ummi sayang, ummi pukul supaya kamu beringat. Jangan diulang kesalahan yang sama, ummi bukan orang orang yang berlembut dengan kasalahan, ummi tidak suka perangai mengada ngada. Dengan sesiapa pun, bukan kamu saja. Walau bagaimana pun, kamu kena tahu satu perkara, di saat semua orang tidak mengharapkan kehadiran kamu, ini wanita yang menanti kamu dengan sabar. Mengusung kamu ke mana saja, inilah wanita yang tidak meminta minta ketika mengandungkan kamu. Inilah wanita yang hanya memikirkan kamu. Mungkin kamu melihat ummi dengan sudut pandangan yang berbeza suatu hari nanti. Namun kelelahan itu hilang tatkala kamu tersenyum riang. Ummi saying kamu.. lebih dari apa yang kamu tahu.

Abadikan dalam hati.. Ini ummi kamu sebelum ada kamu.. Yang menyintai kamu sebelum trlihatnya fizikal kamu, menyayangi kamu walau siapapun kamu.



dari hati seorang wanita yang sentiasa mengasihi
ummi





aNb copyright

0 comments:

Post a Comment

 

i-mee's chocolair Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea