Friday, February 26, 2016

Precious memory of you

Posted by kotak kosong at 8:07 AM 0 comments
Assalamualaikum cinta.. Ini memori yang ummi rasa paling lawak dan ingin ummi kenang buat selamanya.. Seperti biasa bila kamu rasa kamu dah terlalu mengantuk, kamu akan tido dalam posisi apa pun.. 😁😁 Nak dijadikan cerita, kamu tido dengan posisi kepala kamu hampir sangat dengan bucu katil.. Ummi biarkan sementara ummi melayan korea sebentar.. 

Entah bagaimana, tetiba kaki kamu terlanggar ummi dan kepala kamu hampir terjatuh dari katil.. Ummi ingatkan kamu tidak terjaga, tapi kamu terkejut dan menjerit panggil "mimi".. Minta maaf, ummi memang tergelak sebelum memeluk dan mencium kamu.. 

Saat itu, ummi tersedar, walau dalam keadaan separuh mamai pon kamu, orang yang kamu perlukan ketika susah, atau takut, 100% ummi, walau dalam keadaan separa sedar, kami tetap memanggil ummi.. Terima kasih sayang.. 

Entri kali ini sedikit cuma.. Ummi sekadar inginkan memori ini kekal selamanya di sini.. 
Gambar ini diambil ketika kamu baru berusia 1 tahun 2 bulan.. Kamu cuba untuk memanjat katil.. 😍😍 teguh sungguh kami berusaha.

Sunday, February 21, 2016

Yang Menyintai kamu tanpa syarat

Posted by kotak kosong at 4:44 AM 1 comments
Assalamualaikum kesayangan ummi. Kamu semakin susut, setelah kamu discaj dari hospital akibat AGE, berat badan kamu semakin menurun. Dan ummi semakin risau. Sayang, di saat usia mu baru mencecah 1 tahun 7 bulan, ummi mendapat panggilan temuduga, untuk kenaikan pangkat sekaligus gaji. Sebenarnya, dalam perjalanan kerjaya ummi, temuduga ini sangat penting. Dari sini lah akan bermulanya langkah untuk ummi melangkah lebih jauh. Ummi ingin menyambung study lebih tinggi, ummi inginkan segulung ijazah. Tetapi sayang, hati ummi terlalu menyintai kamu. Ummi tidak mampu untuk berjauhan, ummi tidak mampu untuk dipisahkan dengan kamu. Dan yang nyata, baba kamu tidak pernah akan setuju. Sayangnya, ummi adalah orang pertama untuk batch ummi yang dipanggil temuduga. Yang terawal sekali. Waktu ummi berada di bawah adalah sangat singkat, cuma, bukan kali ini.

Sayang, hati ini berbelah bahagi, ingin melarikan kamu, lantas menyambung kembali cita cita. Cuma, ummi kembali tabahkan hati, mungkin ini bukan yang terbaik untuk ummi. Mungkin, sudah tiba masanya, ummi mengalah untuk cinta. Ummi rebah, tertunduk lemah, demi kamu. Ummi tidak mampu merampas gelak tawa mu sayang. Tidak sesekali ummi ingin memisahkan kamu dengan baba. Ummi mengerti peritnya hidup tanpa hadirnya seorang ayah, dan ummi tidak ingin kamu melalui jalan yang sama. Biar ummi mengalah, biar ummi meredah segala rasa bersalah. Biar, cita cita itu ummi kuburkan di sini. Bersama sama dengan cinta yang semakin mekar, hanya untuk kamu.

Sayang,
Dalam kamu meniti usia semakin membesar, ummi melihat kamu semakin cerdik , semakin aktif, adakala, kamu punca ketenangan yang ummi cari cari selama ini. Bila kamu membesar, jangan malu dengan wanita ini sayang. Kerana, wanita ini telah menguburkan segala cita citanya hanya kerana kamu. Jangan sesekali pun kamu malu, kerana sayang ku lebih dari itu.


hati seorang wanita
ummi 
 

i-mee's chocolair Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea