Sunday, February 21, 2016

Yang Menyintai kamu tanpa syarat

Posted by KoTaK KoSonG at 4:44 AM
Assalamualaikum kesayangan ummi. Kamu semakin susut, setelah kamu discaj dari hospital akibat AGE, berat badan kamu semakin menurun. Dan ummi semakin risau. Sayang, di saat usia mu baru mencecah 1 tahun 7 bulan, ummi mendapat panggilan temuduga, untuk kenaikan pangkat sekaligus gaji. Sebenarnya, dalam perjalanan kerjaya ummi, temuduga ini sangat penting. Dari sini lah akan bermulanya langkah untuk ummi melangkah lebih jauh. Ummi ingin menyambung study lebih tinggi, ummi inginkan segulung ijazah. Tetapi sayang, hati ummi terlalu menyintai kamu. Ummi tidak mampu untuk berjauhan, ummi tidak mampu untuk dipisahkan dengan kamu. Dan yang nyata, baba kamu tidak pernah akan setuju. Sayangnya, ummi adalah orang pertama untuk batch ummi yang dipanggil temuduga. Yang terawal sekali. Waktu ummi berada di bawah adalah sangat singkat, cuma, bukan kali ini.

Sayang, hati ini berbelah bahagi, ingin melarikan kamu, lantas menyambung kembali cita cita. Cuma, ummi kembali tabahkan hati, mungkin ini bukan yang terbaik untuk ummi. Mungkin, sudah tiba masanya, ummi mengalah untuk cinta. Ummi rebah, tertunduk lemah, demi kamu. Ummi tidak mampu merampas gelak tawa mu sayang. Tidak sesekali ummi ingin memisahkan kamu dengan baba. Ummi mengerti peritnya hidup tanpa hadirnya seorang ayah, dan ummi tidak ingin kamu melalui jalan yang sama. Biar ummi mengalah, biar ummi meredah segala rasa bersalah. Biar, cita cita itu ummi kuburkan di sini. Bersama sama dengan cinta yang semakin mekar, hanya untuk kamu.

Sayang,
Dalam kamu meniti usia semakin membesar, ummi melihat kamu semakin cerdik , semakin aktif, adakala, kamu punca ketenangan yang ummi cari cari selama ini. Bila kamu membesar, jangan malu dengan wanita ini sayang. Kerana, wanita ini telah menguburkan segala cita citanya hanya kerana kamu. Jangan sesekali pun kamu malu, kerana sayang ku lebih dari itu.


hati seorang wanita
ummi 
aNb copyright

0 comments:

Post a Comment

 

i-mee's chocolair Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea