Tuesday, November 24, 2015

Kisah cinta yang direka semula

Posted by kotak kosong at 12:44 AM 0 comments
Assalamualaikum kekasih hati... Ini kisah yang ummi copy paste dari blog Dari Hawa ke Hawa. Cerita untuk kamu.. Ketika kamu baru berusia 4 bulan lebih, dan ummi terpaksa kembali bertugas.. Ini tulisan pada 24 November 2014.. Setahun sudah berlalu.. Terasa pantas masa berlari meninggalkan kita.

Al kisah kini aku telah pun menjadi seorang ibu. Mempunyai sendiri anak, merasa bagaimana membawanya 9 bulan dalam rahim, merasakan bagaimana perit ketika melahirkan, merasa bagaimana aku serasikan diri dalam usia berpantang 44 hari. Ada masa aku mengamuk, aku fed up, aku stress dalam melayan karenahnya, tapi bila difikir balik, aku mula rasa bersalah.. apa yang anak kecil itu tahu, yang dia tahu kalau ada yang dia tidak puas hati dia mula melalak, dan umminya ini mula pula pening kepala. Dia nak apa?? Alya Nur Batrisya, andai suatu masa nanti, kamu sudah dewasa, sudah mula pandai berfikir sendiri, sudah mula meneroka dunia luar, dan saat bila kamu rasa ummi mu ini bukan seorang yang sempurna untukmu, maka di sini, ummi titipkan khas pesanan buat kamu. Agar kamu tidak lupa, bahawa wanita ini sanggup menyerahkan nyawa untuk kamu. Bahawa wanita ini akan sentiasa ada di belakangmu, bahawa wanita ini, akan menyintaimu lebih dari mana mana insan. 

Sayangku, ketika entri ini ditaip, ummi mu berada di tempat kerja, meninggalkan kamu yang pastinya sedang menangis mencari. Ummimu sedang bergelumang darah, bergelumang najis, sedang menyambut kelahiran, menatap wajah bayi yang baru, membersihkan mereka sedangkan kamu, kamu masih lagi menangis mencari di mana ummi mu. Sayang, bukan ini yang ummi mahu, sebetulnya ummi ingin berada di samping mu setiap saat, sejak dari kelahiran kamu, hari kedua berpantang, ummi sendiri yang memandikan kamu, menguruskan kamu, ummi tidak ingin terlepas satu peluang pun berkenaan denganmu. Kerana ummi tahu, kamu adalah satu satunya yang ummi ada, mungkin tidak akan ada selepas kamu. Di saat ibu orang lain lena di buai mimmpi bersama permata kecil mereka, ummi berjuang untuk menyelamatkan nyawa orang lain dengan cara yang berbeza. Ummi inginkan kamu sentiasa ada di sisi, kerana ummi pernah merasa janggal bila berada di sebelah wanita yang ummi gelar ibu. Sayangku yang bijaksana, ummi mu ini membesar dengan nenek, itulah penawar hati yang duka bila sang ibu tiada. Itulah yang sering mendengar keluh kesah sedangkan ibu mencari harta dunia.Pernah suatu ketika, ummi mu ini berkata " Duit ku mampu cari, tapi bukan kasih sayang" tapi, sang ibu tidak pernah tahu, mungkin dia tahu, tetapi kekangan hidup masa kini sayang menyebabkan kaum wanitanya terpaksa mengerah tenaga juga. Ummi tidak pernah ditemani ketika mengambil hadiah untuk pelajar terbaik, tidak pernah ditemani ketika mendaftar untuk tahun pertama sekolah, bahkan, ummi mu ini tidak ditemani ibunya ketika sedang bergelut dengan nyawa. Itu yang membuat hati sangat terkilan, akan tetapi sayang, ummi mu terjumpa seorang insan yang baik hati, baginya seteruk mana pun seoran ibu itu, dia tetap ibumu, syurga ummi di bawah kakinya ketika itu. Lantas, setelah memilih Islam sebagai pegangan hidup, ummi mula menerima bahawa sang ibu juga menyayangi ummi sebenarnya. Tetapi dengan cara yang ummi tidak pernah tahu. Mungkin kamu juga akan begitu, di mana kamu merasakan bahawa ummi ini tidak menyayangi kamu, lantaran itu mulut ummi asyik membebel sahaja. Itu tanda sayang, itu tanda cinta, jika tidak sayang, tidak wujudnya kamu di dunia ini. Itu saja sudah cukup membuktikan bahawa ummi mu sangat mengasihi kamu.


Kekasih hati,

Di waktu kecilmu, ummi suka memelukmu, mencium mulut yang wangi mencium pipimu yang gebu, mencium perutmu yang sedikit gendut, jika kamu mula meyembur air liur, orang lain mula melarikan diri, maka ummi juga akan mencium pipimu walau penuh dengan air liur kamu, ummi juga membasuh punggungmu, kadang kadang menunggu kamu habis meneran. Sayang, ummi cerita bukan ummi mengungkit kisah lama, tetapi ummi mahu kamu tahu, inilah wanita itu... dan jika kamu kata suatu hari nanti kamu tiada sesiapa, jangan lupa Alya, wanita ini ada sentiasa, andai jasad nya tiada, ummi tetap wujud di hati mu.. InsyaAllah sayang. Sayang, ummi tidak suka mendengar tangisan kamu, lebih lebih lagi kamu sudah pandai menjerit, sungguh ummi tidak suka. Seolah olah kamu tidak berpuas hati, ummi tidak suka akan kekasaran yang kamu mulai pelajari. Tidak, kamu perempuan, seorang perempuan seharusnya lembut, suaranya sayup, bukan nadanya tinggi dan nyaring. Kamu tidak perlu menjadi dominan sayang untuk tampil istimewa, kerana kamu memang istimewa pada asalnya. Kamu yang sulung dan bongsu.. Kamu yang pertama dan terakhir.. Tidak perlu meninggi untuk jadi tinggi, kadang kadang kita tunduk merendah pun orang lain akan angkat kita sayang, ibarat padi.. semakin berisi semakin tunduk. Sayang, untuk hari ini, setakat ini yang ummi tuliskan.. Yang ummi titipkan, buat pengubat rindu mu.. di lain waktu, dengan izinNya, insyaAllah, ummi akan menulis lagi.. dari hawa kepada hawanya, dari Nur untuk Nurnya...

Umi tulis semula di sini agar kamu tahu, hati ini untuk kamu bila bila masa, di mana mana, walau apa keadaan sekali pun. Mungkin nanti kamu merasakan akan ada wanita lain yang lebih menyayangi kamu, yang lebih lembut dalam melayani kamu, ingat satu sayangku, walau siapa pun kamu, ini wanita yang sentiasa merindui kamu.

P/s : Ketika ini, kamu sedang nyenyak tidur sambil sebelah kaki mu, kamu sandarkan pada belakang ummi >.< 22.11.2015

Monday, November 23, 2015

Kamu di usia 1 tahun

Posted by kotak kosong at 3:21 AM 0 comments
# 16.07.2015

Ulang tahun kelahiran kamu yang pertama. Hari terakhir ramadhan. Esoknya of coz le raye.. Kalau kamu jengah Facebook ummi, kamu akan nampak satu-satunya posting ummi untuk kamu pada hari tersebut. Ummi buat pulut kuning pertama kalinya, hanya untuk kamu. Pulut kuning, sinonim dengan tanda kesyukuran dan terima kasih. Sayangnya, ummi kamu ni belum master lagi untuk buat lauk sampingan pulut kuning. T.T

Perkembangan kamu :
Dari segi fizikal, pada waktu itu berat kamu 7.7kg (reduce 0.3kg), mungkin sebab waktu makan kamu yang tidak teratur lagi. Lagipun kamu mulai lasak. Tinggi 70cm, kalau ikutkan, nampak sesuai dengan berat badan kamu. Kamu sudah pun mempunyai 6 batang gigi. 4 kat atas, dan 2 kat bawah.kamu suka gigit orang! (-.-) Kamu sudah pandai berjalan (kamu berjalan pun dalam usia 10bulan ++), sudah mula memanjat tangga. Banyak kali juga kamu jatuh tersungkur depan tangga tu. Kadang kadang ummi saja biarkan supaya kamu sedar dan serik. Namun, kamu tak pernah peduli pun. Perkara paling ummi tidak berkenan dengan kamu, kamu sangat suka mengutip. Apa benda sekali pun, kamu akan kutip dan masukkan ke dalam mulut kamu. Ada rakan rakan ummi mencadangkan agar ummi meletakkan halia, tapi ummi tak buat pun. Bagi ummi, kamu sedang menerokai dunia. Kamu ingin tahu, dan ummi tidak akan sesekali menyekat perkembangan kamu.

Sunday, November 22, 2015

i-mee's chocolair - ini apa?

Posted by kotak kosong at 1:55 AM 0 comments
Suatu hari nanti, kamu akan tertanya tanya kenapa lah ummi meletakkan i-mee's chocolair sebagai blog yang banyak menceritakan kamu. Kadang kadang kepala ummi kamu ni bukannya centre sangat pun. Bila Allah anugerahkan ilham, mampu berjaga siang malam untuk menaip, jika tidak, berhabuk la... Begitu juga dengan al kisahnya empu nya nama blog ini. Sebelum ummi ada idea blog ini untuk apa, ummi pernah memikirkan untuk menjadi blog ini sebagai blog masakan, sebab ummi telah pun ada satu blog berkaitan dengan kesihatan. Akhirnya, ummi putuskan untuk membuat blog khas untuk kamu, perkembangan kamu, pembesaran kamu, isi hati ummi terhadap kamu lalu, ter'ilham'lah i-mee's chocolair.

Saturday, November 21, 2015

Ini blog untuk dia

Posted by kotak kosong at 12:56 PM 0 comments
ini blog untuk dia
yang aku cinta sepenuh jiwa
yang aku kasih seluruh raga

ini blog untuk sang puteri
yang siang malam aku rindui
adakala amarah menguasi
tapi
bukan kerana aku benci

Seindah nama, selembut jiwa,
senyumanmu sentiasa ada
lantaran itu, biar nyawa galang gantinya,
aku tidak akan berputus asa,
kerana jiwa ini, kamu yang punya

Sayang ku,
Andai kata, ada tutur kata meluka jiwa,
merentap hati, mengusik sanubari,
maafkanlah wanita ini,
bukan sengaja, bukan diingini,
tapi ummimu, wanita biasa yang rapuh, 
belum lagi teguh,

ini blog untuk dia,
kekasih hati harta pusaka,
Lihatlah sayang, lihatlah dunia,
Jangan sesekali kamu leka,
Biar hancur kita di dunia, asalkan kukuh di akhirat sana

Ini blog untuk dia,
jiwa kecil yang nantinya menggoncang dunia,
Halus senyumannya kuharap pembela bangsa,
Lembut tangannya, ku impi membelai masa tua,
Ini blog untuk dia,
Untuk anak yang aku namakan Alya..
 

i-mee's chocolair Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea