Tuesday, December 1, 2015

Senyumlah duhai anak

Posted by KoTaK KoSonG at 12:07 AM
Assalamualaikum kekasih hati... Suatu hari nanti bila kamu sudah pun menjumpai blog ini, mungkin kamu sedang berdepan dengan dunia.. Yang kadang kadang kamu rasa tidak pernah adil untukmu.. Dunia yang penuh dengan masalah.. Kesukaran dan kepayahan yang melanda sehingga kamu rasa sudah tiba waktu untuk kamu berputus asa.. Jangan sayang ku.. Dunia ini sebenarnya adalah dunia seperti mana yang kamu kehendaki.. Kamu inginkan dia hitam, maka hitamlah.. Jadi apa salahnya kamu lihat dunia ini menjadi seperti pelangi.. Waima sekiranya kamu perhatikan rumput yang basah selepas hujan, bukankah ia nampak bersinar? Senyumlah wahai anak.. Walau apa pun permasalahan kamu, senyumlah.. Jika ada kawan kawan yang memfitnah kamu, senyumlah, anggap itu sebagai dugaan buatmu.. Terimalah, mungkin mereka bukan yang terbaik untuk kamu.. Atau mungkin kamu bukan yang terbaik untuk mereka.. Fitnah, biarlah masa yang merawatnya sayang.. Allah tidak akan sesekali mengenepikan orang orang yang teraniaya.. Jika kamu rasa, ummi kamu ni berat sebelah, senyumlah.. Anggap saja ummi manusia biasa yang mempunyai banyak kekurangan.. Ummi sayang kamu, abg abg kamu, kakak kamu.. Sama rata, cuma cara nya sedikit berbeza.. Ummi tidak boleh sayang sama rata, kamu punya karekter pon berbeza..

Sayang,
Andai kamu rasa ada guru guru atau sesiapa saja menyisihkan kamu, senyumlah, anggap saja mereka tidak mengenali kamu. Insyallah, dengan senyuman kamu, akan terbit banyak lgi keriangan untukmu. Ummi pesan, tidak salah untuk kita berbuat baik pada orang orang yang kita kurang suka.. Mana tahu, di sebalik ketidaksukaan kita kepada mereka, terselit beribu ribu kebaikan yang kita tidak nampak selama ini. Bukankah Allah sudah berfirman ; 

”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216) 

Berpeganglah pada firman Allah ini, insyallah kamu akan menjumpai kemanisan dalam hidup. Kenapa ummi berani berkata sebegini, inilah yang ummi lalui sayang.. Ummi kamu ni membesar bukan dengan didikan Islam.. Ummi diajar untuk tidak mengalah, ummi dibentuk menjadi seorang yang gah. Didikan seperti itu menyebabkan ummi tidak mampu untuk mendekati masyarakat.. Sebab ummi ingin menang. Ummi ingin lebih dari segalanya.. Sehingga, ummi menerima Islam, berjumpa dengan baba kamu, menyambung study midwife.. Semua jaur jalur kehidupan itu memberitahu, mengalah tidak semestinya kita kalah. Kadang kala, itu kemenangan yang paling bermakna. 

Sayang, 
Orang yang meminta maaf kerana kesalahannya adalah orang yang berani, dan orang yang memaafkan kesalahan orang lain adalah orang yang kuat.. Ramai di dunia ini adalah orang yang berani.. Jadi, untuk permata hati ummi, jadi lah dua dua sayang.. Berani dan kiat.. Minta maaf jika kamu salah.!itu manners & common sense.. Maafkanlah sesiapa yang bersalah denganmu.. Ia akan menjadi penyejuk hati.. Dan senyumlah duhai anak.. 

Wanita ini tidak akan selalu ada di sisi kamu.. Sampai waktu, pergi jua.. Bacalah pesanan ini sekiranya kamu terlupa.. Sesat boleh sayang, tapi jangan lupa jalan pulang.. Ummi sentiasa ada.. Di hati kamu.. Dalam namamu. 

Senyumlah wahai anak.. Kerana sesaat kamu dilahirkan, kamu senyum dahulu sebelum tangisan.. Dunia ini mudah sekirannya kamu inginkan ia mudah.. 







Dari hati seorang ummi 
Yang memikirkan masa depanmu
Yang merencanakan terbaik untukmu

aNb copyright

0 comments:

Post a Comment

 

i-mee's chocolair Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea