Monday, November 23, 2015

Kamu di usia 1 tahun

Posted by kotak kosong at 3:21 AM
# 16.07.2015

Ulang tahun kelahiran kamu yang pertama. Hari terakhir ramadhan. Esoknya of coz le raye.. Kalau kamu jengah Facebook ummi, kamu akan nampak satu-satunya posting ummi untuk kamu pada hari tersebut. Ummi buat pulut kuning pertama kalinya, hanya untuk kamu. Pulut kuning, sinonim dengan tanda kesyukuran dan terima kasih. Sayangnya, ummi kamu ni belum master lagi untuk buat lauk sampingan pulut kuning. T.T

Perkembangan kamu :
Dari segi fizikal, pada waktu itu berat kamu 7.7kg (reduce 0.3kg), mungkin sebab waktu makan kamu yang tidak teratur lagi. Lagipun kamu mulai lasak. Tinggi 70cm, kalau ikutkan, nampak sesuai dengan berat badan kamu. Kamu sudah pun mempunyai 6 batang gigi. 4 kat atas, dan 2 kat bawah.kamu suka gigit orang! (-.-) Kamu sudah pandai berjalan (kamu berjalan pun dalam usia 10bulan ++), sudah mula memanjat tangga. Banyak kali juga kamu jatuh tersungkur depan tangga tu. Kadang kadang ummi saja biarkan supaya kamu sedar dan serik. Namun, kamu tak pernah peduli pun. Perkara paling ummi tidak berkenan dengan kamu, kamu sangat suka mengutip. Apa benda sekali pun, kamu akan kutip dan masukkan ke dalam mulut kamu. Ada rakan rakan ummi mencadangkan agar ummi meletakkan halia, tapi ummi tak buat pun. Bagi ummi, kamu sedang menerokai dunia. Kamu ingin tahu, dan ummi tidak akan sesekali menyekat perkembangan kamu.

Dari segi pemakanan, kamu sudah pun didedahkan dengan pemakanan family. Tetapi, kamu masih lagi makan bubur. Ummi paling risau bila kamu sembelit. Kadang kadang, kamu menangis kesakitan dan ianya membuatkan ummi rasa bersalah. Disebabkan pemakanan yang kurang seimbang, kamu pula yang menanggung akibatnya. Tapi, ummi tidak boleh berbuat apa apa selain mengurut belakang kamu, melegakan sedikit kesakitan yang kamu rasai. Ummi mengajar kamu untuk banyak minum air suam. Sengaja ummi belikan botol yang ada straw supaya senang untuk kamu minum. Sebab kau takkan minum air masak dalam botol susu. (-.-)' memilih bukan main lagi. Tetapi, air suam itu adalah salah satu elemen untuk mengurangkan sembelit selain dari banyak makan buah buahan. Selalunya, orang akan cadangkan pisang untuk melawaskan najis, tetapi jangan kamu tertipu, jika kamu mengambil pisang dengan kadar yang berlebihan, pisang juga boleh menyebabkan sembelit kerana mengandungi potasium yang tinggi. Jadi, solution yang terbaik adalah buah betik. Hahahah >.<

Pertuturan, kamu sedang develop dalam bahasa kamu yang sendiri. Sekarang ni (1tahun 4 bulan), kamu tahu apa yang kamu nak dan kamu akan cakap "Nak" sambil kamu menunjukkan sesuatu yang kamu inginkan, atau, kamu akan menghulurkan botol susu kamu. Kamu anak yang baik, kamu tidak pernah merengek sekiranya kamu lapar, (kalau ada susu, adalah, kalau tidak kamu diam saja). Kalau kamu basah pun, kamu tidak meragam, tau tau aja semerbak mewangi. Kamu belum lagi kenal erti takut. Semua kamu belasah. Semua kamu redah.

ini kamu punya cerita. Insyallah, ummi akan update setiap bulan, atau setiap tahun, atau ketika ada istimewa peristiwa. Insyallah, jika panjang umur wanita ini.

P/s : Pulut kuning tanda cinta... Ummi buatkan khas untuk kamu, tidak menarik... hahaha.. berserta dengan kek yang baba belikan.. ummi akui, ummi memang tidak pandai untuk plan birthday parti untuk kamu.


dari wanita yang sedang bertugas malam 
tetapi sedang mengingati kamu, dan semua mereka,
ummi
aNb copyright

0 comments:

Post a Comment

 

i-mee's chocolair Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea