Sunday, November 22, 2015

i-mee's chocolair - ini apa?

Posted by kotak kosong at 1:55 AM
Suatu hari nanti, kamu akan tertanya tanya kenapa lah ummi meletakkan i-mee's chocolair sebagai blog yang banyak menceritakan kamu. Kadang kadang kepala ummi kamu ni bukannya centre sangat pun. Bila Allah anugerahkan ilham, mampu berjaga siang malam untuk menaip, jika tidak, berhabuk la... Begitu juga dengan al kisahnya empu nya nama blog ini. Sebelum ummi ada idea blog ini untuk apa, ummi pernah memikirkan untuk menjadi blog ini sebagai blog masakan, sebab ummi telah pun ada satu blog berkaitan dengan kesihatan. Akhirnya, ummi putuskan untuk membuat blog khas untuk kamu, perkembangan kamu, pembesaran kamu, isi hati ummi terhadap kamu lalu, ter'ilham'lah i-mee's chocolair.

i-mee membawa kepada sebutan Aimi bererti "Yang Layak Disayangi".. Chocolair tu sebenarnya jenama chocolate. >.< Semasa dulu dulu, ummi mengharapkan kehadiran kamu, dan ummi ingin sekali namakan kamu sebagai Aimi.. sesungguhnya kamu layak disayangi. Tetapi, disebabkan baba kamu lebih dominan macam raja rimba tu, maka dapatlah kamu nama yang sedia ada ni. Batrisya tu tak pernah terlintas pun dalam family kita (abg abg dan kakak kamu), ketika seminggu lagi due kamu, mereka masing masing kecoh untuk memberikan kamu nama. Biar panjang seperti mereka katanya. >.< Baba inginkan nama Alya (ada cerita yang kamu perlu tahu hanya dengan bertanya terus pada ummi atau baba), macam macam nama yang keluar, tetapi tidak Batrisya. Ummi terkejut bila petang itu, baba kamu dengan bangga nya tunjuk mykid berserta nama yang tertera. Mau pitam dong..

Ummi cuba memahami, baba inginkan anakandanya bijaksana, biar dunia atau akhirat sana. Baba inginkan puterinya bercahaya, bersinar menerangi kegelapan, biarpun cahaya nya sayup sayup tetapi mampu menandingi malam. Indah nama kamu kerana terdapat seribu satu cerita.. Tetapi, jika kamu inginkan sesuatu yang berlainan, ambillah i-mee, kerana nama itu, ummi simpan dalam lubuk hati. Cerita sebuah nama yang tak kesampaian. hahaha.. kenapa susah susah ummi letak i-mee, kenapa tidak Aimi sahaja, lihat sendiri binti mu siapa, bagaimana ejaannya. Jawapan nya ada di sana. Ummi mahu kamu tahu, apa pun yang kamu lihat, tidak semestinya sama di hati.

Puteri yang layak disayangi... selepas ini.. sayangi diri kamu lebih dari sesiapa pun. Sehingga ada yang menerima akad dan nikah kamu.

dari sudut hati yang merindui
ummi'2015
aNb copyright

0 comments:

Post a Comment

 

i-mee's chocolair Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea